Tuesday, September 08, 2015

Registration For Form One In Controlled Schools 2016 - A Note From the Department


PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH KAWALAN NEGERI SESI 2016

Kepada
Ibubapa/Penjaga
Murid Tahun 6 (2015)
Sekolah Kebangsaan Negeri Perak

HEBAHAN PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU(1) DI SEKOLAH KAWALAN NEGERI (SEKOLAH RANCANGAN KHAS NEGERI / RANCANGAN KHAS DAERAH / SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA –SMKA / KELAS ALIRAN AGAMA –KAA) TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah membuka satu sistem atas talian untuk permohonan Tingkatan Satu (1) sesi 2016 ke sekolah kawalan negeri oleh ibubapa/penjaga .

Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) telah dibuka kepada orang awam mulai 1 September 2015 hingga 30 September 2015. Para ibubapa/penjaga murid tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan boleh membuat permohonan ke sekolah kawalan dengan mendaftar masuk ke sistem tersebut. Sila hubungi sekolah untuk dapatkan nombor angka giliran UPSR anak tuan/puan. Perakukan permohonan dan serah permohonan (cetakan) kepada pihak sekolah . Seterusnya Pengesahan permohonan itu akan dibuat oleh pentadbir sekolah anak tuan/puan.

Sistem Pendaftaran Atas Talian boleh dicapai melalui url berikut: https://public.moe.gov.my

Sekiranya ada pertanyaan mengenai sistem ini sila emailkan kepada kmp.kawalan@moe.gov.my
Sila muat turun Syarat Pemilihan Murid dan Senarai Sekolah Kawalan Negeri.

Sekian, terima kasih.

Unit Menengah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

No comments: